Thursday, September 30, 2010

LELAKI ITU MEMANG WUJUD





Salam. Hari ni mmg aku nekad! Aku akan post kan cerita tentang lelaki yang semua orang ingin tahu. Lelaki ni bukan saja wujud dalam dunia Facebook yang mana ada setengah orang cakap, lelaki ni 'diwujudkan'. Entah atas dasar apa mereka berkata demikian.

Oke2. Berasa beban dengan soalan demi soalan, dengan keizinan tuan empunya badan, aku harap dengan post aku kali  ni, kalian semua berpuas hati and xkan ada lagi tanggapan yang dari mana-mana mai pulak. Oke?

Siapa Danial Azhar ?

Lelaki yang bernama seperti diatas seorang kenalan aku waktu dulu. Dea anak kelahiran Pulau Pinang. Tapi menetap di UK sejak dari kecil lagi. Berumur 25tahun (pada saat ini). Black hair. Black eyes. Kulit sawo. 

Siapa Danial Azhar dengan Aku?

Oke. Aku tahu, ramai sangat yang nak tahu Siapa Danial Azhar dengan aku berbanding dengan persoalan Siapa Danial Azhar. Hurm...Danial Azhar adalah salah sorg dr exbf aku. Aku sengaja tutup identiti dea dari mata orang laen. Dari kawan, saudara, aik beradik. Entah kenapa aku sembunyikan dea dari pandangan orang laen pun aku xtahu. STOP! Jangan maen serkap jarang lagi! 

Kami berkenalan pada tahun 2008. Yang aku boleh cerita, perkenalan kami bermula masa mula-mula aku tegur dea. Bukan sebab nk mengorat oke! Tapi sebab dea tersalah makan makanan aku. Perkenalan di McD Sunrise, Gurney. Aku sorang masa tu. Tension sangat (masa tu tgh frust :P ) Aku da amek order, letak makanan atas meja (betul bersebelahan dengan dea) then aku g picit sos. Balik2..terbeliak mata aku tengok dea dengan sesedap rasa menelan makanan aku?! Aku tegur dengan cara baek dulu. Pastu, dea wat xtaw jek. Kerek mamat nih. Dahla time tu tengah frust, geram pulak dengan mamat nih, terus aku mara2.

Then, dea pon berdiri menghadap anak mata aku and mara aku balik. Kata aku sengaja tuduh dea mencuri la, apela. Punyala bengang. Pastu, ape lagi. Aku terus tunjuk makanan dea yang elokkk lagi ada atas meja sebelah meja aku. Masa tula, aku nampak muka dea mera semacam. Nak cover malu, dea minta maaf banyak2 and nk bayarkan makanan aku yang dea telan tu. Xmolah! Aku mmg da beng giler. Then, dengan sopannya, dea bagi makanan dea tu pada aku yang mana secara kebetulannya order kami mmg sama. Medium set Spicy Chicken McDeluxe. Mahu xmahu, aku amikla. Tapi da xberselera nk makan dalam tu. Mintak plastik kat kaunter untuk take away.

Tapi...kelembutan dea bersuara yang mmbuat aku xjd nk mara lebih2. Still, aku take away. kami tukar num phone and start dari tu, kami mula rapat. Kami couple. Then, tergantung sbb xde respons dari dea. So, aku anggap jela dea da xberminat. Untuk apa maruah diri digadaikan dengan memujuk rayu kalau sudah terlihat yang dea xberminat lagi dengan kita? 

Kenapa kami xtaw pun pasal Danial Azhar?

Untuk apa? Kalau hanya boleh datangkan kemarahan? Silent is much more better.

Mcmana dengan 'dea'?

Maaf. Ini privacy. 

Oke? Masih xpuas hati? Tanyalah lagi, so that aku ade topic untuk post nanti.

To Danial Azhar, thanx sbb bagi mereka kenal kamu.

Wednesday, September 8, 2010

Buka Puasa, Bangkok Station


Date : 300810
Place : Bangkok Station
Time : Before Maghrib

Huwa..Da seminggu kami bincang untuk jamuan berbuka puasa dgn staff branch Penang. Bincang punyer bincang (even aku pon last minute baru taw kt mana) Bos aku kate, berbuka puasa kat Bangkok Station. Aku ingat kt maneeee la tempat tu. Alah! Upenyer dekat jer. Dulu, kat ngn uma sewa aku ms study. Hehe.. Masa zaman jahiliah! Hahahahahahahhahaha >P

Mlm tu..Aku msg anak2 dara ni semua..suh pakai baju KEBAYA! Lps je text dorg, aku dgn kelam kabutnye, cari la baju2 kebaya turun temurun. heheh. Biru, light coklat, pink, oren, coklat, biru muda, hitam semua aku kuarkan. try satu demi satu. Tapi...Ade yg besarla..Sexy sgtla..apela..Last2, pink jugak pilihan aku (BlueekkkKk).

Straight to the point.*kikiki* Kami semua sampai tempat tu. Biase jer. Sbb aku pena sampai sbelom ni. Ada yg bwk anak bini, adik bradik. Aku n yg lelaen je single mingle. huhuhu. 

Sebelum tu, sesampai jerk. SNAP!SNAPlaaa..hehehe

Pompuan-pompuan Kowamas Penang :)\

Lagi beberapa puluh minit bebuka posaaaa...

Ko..sheda....Kalo yer pon nk menyembang..huhuh

Antara menu hidangan mlm ituuu...

Dan tunggu lagi...

    Dan lagi....

Baby Fatimah Nur Qalesya :)

Bismillah....Amin...

Kenyang suda..

Hah..tu je yg mampu aku paparkan kali ini.Huhu.Nak g kemas2 uma ni. Esok raye.Huhu..Tatatatata...