Thursday, October 28, 2010

KORANG KENA TAW #2

Semua perempuan ade beg tangan oke. Termasuk aku. Korang kena taw, dalam beg tgn tu mcm2 yg dorg letak. Tapi dlm beg tgn aku, yg aku sll bwk g keja cuma ade brg2 seperti dibawah : Hehehehehehe


Kunci opis, sikat, bedak Miyami, sepit rambut, beg duit, pills & beg mekap.Haha..

Beg mekap aku ade ape yek?? Tak banyak.. Hanya yg patut je kot..Hehehe..meh2 skodeng beg mekap aku meh..Ala...cuma itu je....


Lipsticks (AVON, MAC)
Lipice
Ideal shade foundation (AVON)
Mascara (AVON, Maybelline)
Eyeliner (AVON, Silkygirl)
Brow definer (AVON)
Vaseline 
Haaa...itu je dlm beg aku. Vaseline, benda paling WAJIB aku kena bwk kemana2 saja. Sebagai pelindung bibir, memang satu kewajipan aku utk memastikan Vaseline sentiasa ada dekat dgn aku. Jgn curik2!! Tak larat nk beli lagi. Asik ilang je...

Sunday, October 24, 2010

SO, GURLS..INI BESTNYA KITA


Girls setuju tak dgn topik atas tu? Haha. Kenapa BEST?? BEST ke? Best ngkauuu!! Nak tahu kenapa yer. Meh, meh. Aku kasi korang semua taw kenapa jadi perempuan ni best..*Clear throat*

1. PERIOD - Haha. Perempuan mase period pain, xperlu apply mc, xperlu guna annual leave. Call HR, "Aku mai periodla..sakit perut giler..senggugut" Eisy, sape kata senggugut sakit biasa?? Memangla biasa, biasa kena tapi senggugut ni ade peringkatnya tawu!Kadang bila dah tahap gaban, mahu jalan pon xtertahan sakitnya tawu! So, gurls..ini bestnya kita.


MAC

2. KOSMETIK - Boleh apply gincu, foundation, blusher, celak, mascara, bulu mata palsu, ape lagi, ape lagi...Eleh, biasala..perempuan ni HARUS jaga kecantikan oke! Sape kata awek korang xpakai tu semua??Paling kurang pon, pakai bedak tabur..Haa..kosmetik jugak. So, gurls..ini bestnya kita.

3. PENGGODA - "Sayang...nak beg GUESS..Tapi mahalla.." Buat muke sedey sikit..Cuit bahu sikit, hujung bulan paling kurang, dapatla korang yer!! So, gurls..ini bestnya kita.


GUESS

4. SHOPPING - Lagi satu! Perempuan punya barang ni merata2 di complex tawu! Atas : cekak, getah rambut, penyepit rambut, subang, lagi?? Tengah : rantai, topless, cardi, baju rambu-ramba, jacket, tali pinggang, gelang tangan, cincin, lagi?? Bawah : Jeans, skinny, gelang kaki loceng2, heels, wedges, ballet shoes, cincin kaki, lagi?? Hee...g jew complex, barang kita lagi byk dari guys..Takpun, dalam facebook, kan banyak barang2 kita dijual..hehe. So, gurls..ini bestnya kita.

 


5. BILLS - Kalau married, "Bil semua abang bayarkan yer, sayang.." Kalau couple, "Ala, takat bil air, elektrik, phone tu biarla I bayarkan. You bayar sewa rumah je oke, sayang? Nanti you xcukup makan pulak." Ngeh2..So, gurls..ini bestnya kita.

6. STAFF - Haaa..kalo korang dapat boss lelaki yang bujang ke, duda ke, or yg paling kurang pon yg angan2 nak tambah cawangan, korg jangan risau sangat tawu! Sebab kita akan dapat layanan yg lebih baik dr staff lelaki. Selalu senyum..Ala korg, bancuh je air teh pepagi..Tak susah pon aih...Kalo yg dapat boss perempuan, sila buat 24hrs notice sekarang! Kikiki..So, gurls..ini bestnya kita.


7. SOCIAL - "Jom weyh karaoke." Haha.Korang ajak xsemestinya korang yg kena kuarkn duet. Hihi..Tapi kalo kuar dgn guysla yer. Confirm kena payung you!! Lagi satu..korang jangan lupa..Ladies Nite..Wewwittt!! So, gurls..ini bestnya kita.

8. ASSET - "Asal dea tu ushar aku semacam??Eeii.." Korang jangan nk perasan sangat if dea tgk muka korang yg comel2 tu. Kadang bukan pandangan itu hanya pada wajah yer, sayangku ....Ini, sebab kita adenya kelebihan aset yg tiada pada lelaki. Ehem2!! Sexual attraction..34,28,36 Lelaki, korang ade ke???Hihi..Ingat, bukan semua lelaki suka pada wajah...So, gurls..ini bestnya kita.

9.MUSIBAH - Aku sebenarnya xpasti sub ape yg paling tepat untuk num 9 ni. Aku pakai letak je. Bukan musibah besar2 sayangku..Ala, tawu musibah ape? Ala, setakat jatuh moto, moto xleh start, xtawu jalan..Haha..confirm ade guys yg tolong..Hahaha..Experience actually..**To all MR yg pernah tolong aku..mekaseh bebanyak..Sorry, hanya yg handsome je leh dapat kontek.Hahaha**Gurau only...;P So, gurls..ini bestnya kita.

10. ZURIAT - Kita pemberi zuriat.. InsyaAllah jika diberi rezeki. Lelaki, Ngandung ke korang?? Nyahs..Ngandung ke korang?? Bestt..Dapat ngandung..bawak belon ari2..hehehe..So, gurls..ini bestnya kita.

11.  PENGHIAS DUNIA, SYURGA - Senyum yer...Memang kita penghias dunia, sayangku..Tanpa kita, manakan indah dunia, syurga. Manakah pemberi semangat sang lelaki? Manakah pemberi tangisan pada sang lelaki? Kita sekurang2nya memberi corak pada kehidupan mereka. Ada ketawa, ada tangis. Tapi ingat, kita hanya pinjaman, mereka juga. Jangan terlalu taksub pada kelebihan yang ada, jangan terlalu berasa hina dengan kekurangan yang ada. Jangan guna kelebihan kita untuk menindas yg lain..Tuhan bayar cash, sayangku...:)

Wednesday, October 6, 2010

TIPS MEMIKAT HATI LELAKI (POMPUANNN...BACE INI ) :p


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia (THAT'S A NO NO!!)
  2. Berwatakan menarik (PERSONALITI YG ORIGINAL OKE!!NO CIPLAK2!).
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka (AMAT PENTING !!).
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (JANGAN PERCAYA NI SANGAT! TAK SEMUA LELAKI PANDANG PADA TUBUH).
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.(KITA BOLEH BUAT!!)
  9. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.(KASI CAIR ABES2AN!heheh)
  10. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  11. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.(SSSSAAAANGATT PENTING!!)
  13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.(JANGAN SILAP LANGKAH DIKK)
  14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.(TAKOT XLAKU!eisyy!!)
  15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.(SENANG BAWAK G UMA MERTUA!yippii!!!)
  16. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  17. Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!(SEMUA HARUS INGAT!! AKU PON!! :p)
**Credit to Miss Faiza

CARA MEMIKAT HATI WANITA


Oke korang. Kali ni aku nk share informasi ni semua pada korang. Lebih2 lagi untuk kaum Adam diluar sana yg mana masih confused kenapa masih putus cinta walaupun da berkali2 lafaz cinta. Huhu. Informasi ini dipetik dari kiriman junkmail yg aku dapat hari2. :)


Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untuk menambat hati wanita yang kamu sayangi.

#1
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 

#2
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 

#3
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. 

#4
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!. 

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka. 

#5
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 

#6
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. 

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. 

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu! 

Da tahu kenapa? So, jika awek2 kalian diluar sana tu masih lagi merajuk...Cuba2lah bawak try tips atas tadi tu. 

**To Mr Posmen, thanx sbb bg info ini.:)

Tuesday, October 5, 2010

POLIS GATAL TAK BERKEPALA!!


Nak sambung entry bawah tu mcm panjang sgt cterny. 
Haa..masa balik tu, kami singgah dulu beli air Nira Nipah. Oh, sumpah aku xpena rasa. Dorg kata sedap, sejukkan badan. Aku bukan bole. Kalo semua nk beli, aku pon teringin jugak. “Nira 4 ikat tepi!” Wah..mcm da sll jek beli. Upenyer air tu akak tu da ikat abes da. Terpaksala dea potong sikit tepi tu and ikat dgn tali. Jadila air ikat tepi.. Lepas dialog biasa jual beli dilafaz, kami pon dipecut lagi oleh Si Pemandu. Sip! Wekk!! Uuuuu…Xsedapppp…1st sip baru..Nk wat cmne. Dorg da masing2 ade air. Terpaksala aku hirup jugak. Lama2.. “Best jugak air nih” :)

Jalan. Jalan. Jalan.

Kami diperasan oleh sebuah kereta polis yg kebetulanny pon brada dijalan terbabit. Aku tengok, kawan sebelah dea suh mmber dea tahan kami…Ahhh. Mcm biasa. Berhenti. Tawww dahh..

“Dari mana? Mintak lesen” Sheda bagi.

Sembang. Sembang. Sembang. Aku push Sheda suh bagi flyers. Wat loan. Sape suh tahan. Haha. Dah selesai sesi mengorat, kami pon blahla selepas menolak pelawaan untuk melepak bersama ke Sungai Petani.

Tak sampai setengah jam! Text delivered to Si Pemandu. “Segakla awek Satria 4 orang tu . Hehe” Satu kereta gelak besar. Amboi2 cik Polis…Bukan maen korang yer. Malas layan.

To Encik Faizal and Azizi. Terima kaseh kerana menahan kami dengan alasan orang belakang xpakai seat belt. InsyaAllah, kami akan ingat pesan encik yang amat2 prihatin terhadap undang2 jalan raya. :) 

Nilah Polis Gatal Tak Berkepala :P

JAMUAN AIDILFITRI ALOR STAR


Time : 1100 – 1530
Date : 051010
Place : Kowamas, Alor Star

Ha..Haritu masa buat Open Office kat branch sendiri, xsempat nk post entry. Skang ni, biler branch laen wat Open Office, baru terhegeh2 nk buat entry. Tula..laen kali RAJIN sikit yer cik Suli. Ni, tak…MALAS jek! Kekwn aku pon yg baru bertapak pon da banyak da posts.Huhu…

Pagi tu, aku sampai opis cam biasa. Belek2 dulu kat depan cermin (tabiat!) On pc, bukak email..check report ye..bukan nk jenguk junkmails yg beribu tu..Baru berapa minit, HQ called. Ade sikit silap kt report aku tu. Aku pon “repair”la balek. Huhu. Kekwn yg laen nampaknye da xsaba2 nk g Open Office tu aku jek yg terhegeh2 buat keje lagi. 15mins, settled!

Pemandu : SHEDA
Pemilik kereta : SHEDA
Tukang duduk dlm kereta : SULI,SHIMA,LINA

Lepas isi minyak tong2, kami pon dipecut oleh Sheda ke Alor Setar. For me and her, directions to get there was ZERO! Naseb baekla Tukang duduk dalam kereta lagi dua org tu pernah duduk Kedah. So, sepanjang jalan, SHIMA yg xreti antara kanan and kiri tu la yg bg directions dgn carany tersendiri. Hahaha. Kelam kelibut jugak kekadang minah nih. Last2 dea jdkn aku, Si Tukang duduk dalam kereta sbg penunjuk arah kiri and Si Pemandu sbg arah kanan. Haha. Ikut suka at ko la dikk..
Syhh..dea ni confused kanan and kiri, aku lagik confused..Dea ni makan tgn kanan ke kiri?kekekeke

Perjalanan jauh tak kusangka..Kerna perut ku amat sengsara..Memikirkan makanan disana..Serta minuman penghilang dahaga…Hohoho..Alor Star..Hohoho Alor Star..

Xtahu la pulak dr Seberang Jaya ke Alor Star lebey kurg nk ke Ipoh jek.Haih..perut da memedih. Tula…degil sgt.Xnk bekfesss..Hambek ko!

Dalam kul 1315, sampaila kami. Alhamdulillah..Perjalanan xde masalah. Wah! Bos I pakai baju melayu serta sampinny, serta bunga didada kiriny! Hehe. Patutla xnk g opis yerrr..Kekeke..Aku pon dengan senyum riang serta langkah ayu yg tersusun pon berjumpala dgn Bos Alor Star dengan ucapan selamat. Berjumpa plak dgn Basri and Fairuz yg last skali jumpa ms team building jek. Wah! Wahai kalian si jejaka! Sungguh tampannyer dengan baju melayu serta sampan yg segak terselit di pinggang..Cewwah!! Da berusik2, da abes sesi pengenalan, aku yg dihambat rasa kebuluran pon terus menjejak ke khemah makan. Nasik minyak, ayam masak mera, satay, ketupat palas serta rendangny.Wuhu.!! Melantak time~

Oh! Lupa! Baju kebaya aku haritu sama plak dgn tema anak2 dara Kowamas Alor Star. Hehe. Aku, Fara, Ida and Wawa masing2 berkebaya putih. Ayu korang! Hehehe. Skali skala trasa pulak aku ni Tuan Rumah. Hahaha.

Selesai sesi membuncetkan perut, kini tiba the next session..Snap! Snap! Heeeee…Part yg aku paling sangat amat suka! Bawah khemah, dlm opis.Wuwuwuwu..Suli mmg suke bgambar. Lagik2 ade cameraman. Wah!!Lagi menjadi2. Lumrah yer Tuan Puan. Jangan misjudge sayerrr..

Ni, kiriman sayer melalui hp korang yg dijadikan mangsa photographer x bertauliah.

Geng Kebaya Putih. Belakang dari kiri : Wawa, Fara, Suli, Ida

Ida yg kiut

Wawa yg comel

Kami yg seronok tgkap gamba :)


Anak2 Dara Penang Branch :)


Incik Palut :P



Ala…da nak balek :( Wawa sempat ag bungkuskn aku ayam msk mera. Mekaseh yer sayang!! Bole perhangat esok hari..:) Da dpt goody bags. Perut da xbole kawal lagi kebuncetanny. Penat suda berphotography. Hari makin petang. Kami ingin pulang. TAPI!! Cik Wawa kesygan kita ni telah mengingatkan aku ttg satu janji waktu dulu…

“Kalau kamu nak duit raya, kamu datang masa jamuan Hari Raya nanti” skrip spontan Cik Jidi kita, Bos Alor Star. Hehehe..Dengan cepatnya, tanganku hulur minta janji ditunaikan dengan tunai! Bukan cheque. Hahaha.

“Kamu nak berapa??”Wahh…soalannnnnnnn…Ni yg makin maseh bersemangat nih. Tapi, dgn tidak mahu membazirkan duetny, aku hny minta ….”Saya nak yg warna merah keatas!!” hahaha…Tak dpt on the spot sbb tamu nk jumpa. Tapi, still dpt jugak! Hahaha. Mekaseh kepada anda yg mengingatkn sayer ttg janji tersebut! Hihi

To love Fara, Ida, Wawa mekaseh sbb lyn kiteorg and thanks sbb baju kite sama. Weeee…~~