Thursday, October 28, 2010

KORANG KENA TAW #2

Semua perempuan ade beg tangan oke. Termasuk aku. Korang kena taw, dalam beg tgn tu mcm2 yg dorg letak. Tapi dlm beg tgn aku, yg aku sll bwk g keja cuma ade brg2 seperti dibawah : Hehehehehehe


Kunci opis, sikat, bedak Miyami, sepit rambut, beg duit, pills & beg mekap.Haha..

Beg mekap aku ade ape yek?? Tak banyak.. Hanya yg patut je kot..Hehehe..meh2 skodeng beg mekap aku meh..Ala...cuma itu je....


Lipsticks (AVON, MAC)
Lipice
Ideal shade foundation (AVON)
Mascara (AVON, Maybelline)
Eyeliner (AVON, Silkygirl)
Brow definer (AVON)
Vaseline 
Haaa...itu je dlm beg aku. Vaseline, benda paling WAJIB aku kena bwk kemana2 saja. Sebagai pelindung bibir, memang satu kewajipan aku utk memastikan Vaseline sentiasa ada dekat dgn aku. Jgn curik2!! Tak larat nk beli lagi. Asik ilang je...

Sunday, October 24, 2010

SO, GURLS..INI BESTNYA KITA


Girls setuju tak dgn topik atas tu? Haha. Kenapa BEST?? BEST ke? Best ngkauuu!! Nak tahu kenapa yer. Meh, meh. Aku kasi korang semua taw kenapa jadi perempuan ni best..*Clear throat*

1. PERIOD - Haha. Perempuan mase period pain, xperlu apply mc, xperlu guna annual leave. Call HR, "Aku mai periodla..sakit perut giler..senggugut" Eisy, sape kata senggugut sakit biasa?? Memangla biasa, biasa kena tapi senggugut ni ade peringkatnya tawu!Kadang bila dah tahap gaban, mahu jalan pon xtertahan sakitnya tawu! So, gurls..ini bestnya kita.


MAC

2. KOSMETIK - Boleh apply gincu, foundation, blusher, celak, mascara, bulu mata palsu, ape lagi, ape lagi...Eleh, biasala..perempuan ni HARUS jaga kecantikan oke! Sape kata awek korang xpakai tu semua??Paling kurang pon, pakai bedak tabur..Haa..kosmetik jugak. So, gurls..ini bestnya kita.

3. PENGGODA - "Sayang...nak beg GUESS..Tapi mahalla.." Buat muke sedey sikit..Cuit bahu sikit, hujung bulan paling kurang, dapatla korang yer!! So, gurls..ini bestnya kita.


GUESS

4. SHOPPING - Lagi satu! Perempuan punya barang ni merata2 di complex tawu! Atas : cekak, getah rambut, penyepit rambut, subang, lagi?? Tengah : rantai, topless, cardi, baju rambu-ramba, jacket, tali pinggang, gelang tangan, cincin, lagi?? Bawah : Jeans, skinny, gelang kaki loceng2, heels, wedges, ballet shoes, cincin kaki, lagi?? Hee...g jew complex, barang kita lagi byk dari guys..Takpun, dalam facebook, kan banyak barang2 kita dijual..hehe. So, gurls..ini bestnya kita.

 


5. BILLS - Kalau married, "Bil semua abang bayarkan yer, sayang.." Kalau couple, "Ala, takat bil air, elektrik, phone tu biarla I bayarkan. You bayar sewa rumah je oke, sayang? Nanti you xcukup makan pulak." Ngeh2..So, gurls..ini bestnya kita.

6. STAFF - Haaa..kalo korang dapat boss lelaki yang bujang ke, duda ke, or yg paling kurang pon yg angan2 nak tambah cawangan, korg jangan risau sangat tawu! Sebab kita akan dapat layanan yg lebih baik dr staff lelaki. Selalu senyum..Ala korg, bancuh je air teh pepagi..Tak susah pon aih...Kalo yg dapat boss perempuan, sila buat 24hrs notice sekarang! Kikiki..So, gurls..ini bestnya kita.


7. SOCIAL - "Jom weyh karaoke." Haha.Korang ajak xsemestinya korang yg kena kuarkn duet. Hihi..Tapi kalo kuar dgn guysla yer. Confirm kena payung you!! Lagi satu..korang jangan lupa..Ladies Nite..Wewwittt!! So, gurls..ini bestnya kita.

8. ASSET - "Asal dea tu ushar aku semacam??Eeii.." Korang jangan nk perasan sangat if dea tgk muka korang yg comel2 tu. Kadang bukan pandangan itu hanya pada wajah yer, sayangku ....Ini, sebab kita adenya kelebihan aset yg tiada pada lelaki. Ehem2!! Sexual attraction..34,28,36 Lelaki, korang ade ke???Hihi..Ingat, bukan semua lelaki suka pada wajah...So, gurls..ini bestnya kita.

9.MUSIBAH - Aku sebenarnya xpasti sub ape yg paling tepat untuk num 9 ni. Aku pakai letak je. Bukan musibah besar2 sayangku..Ala, tawu musibah ape? Ala, setakat jatuh moto, moto xleh start, xtawu jalan..Haha..confirm ade guys yg tolong..Hahaha..Experience actually..**To all MR yg pernah tolong aku..mekaseh bebanyak..Sorry, hanya yg handsome je leh dapat kontek.Hahaha**Gurau only...;P So, gurls..ini bestnya kita.

10. ZURIAT - Kita pemberi zuriat.. InsyaAllah jika diberi rezeki. Lelaki, Ngandung ke korang?? Nyahs..Ngandung ke korang?? Bestt..Dapat ngandung..bawak belon ari2..hehehe..So, gurls..ini bestnya kita.

11.  PENGHIAS DUNIA, SYURGA - Senyum yer...Memang kita penghias dunia, sayangku..Tanpa kita, manakan indah dunia, syurga. Manakah pemberi semangat sang lelaki? Manakah pemberi tangisan pada sang lelaki? Kita sekurang2nya memberi corak pada kehidupan mereka. Ada ketawa, ada tangis. Tapi ingat, kita hanya pinjaman, mereka juga. Jangan terlalu taksub pada kelebihan yang ada, jangan terlalu berasa hina dengan kekurangan yang ada. Jangan guna kelebihan kita untuk menindas yg lain..Tuhan bayar cash, sayangku...:)

Wednesday, October 6, 2010

TIPS MEMIKAT HATI LELAKI (POMPUANNN...BACE INI ) :p


  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia (THAT'S A NO NO!!)
  2. Berwatakan menarik (PERSONALITI YG ORIGINAL OKE!!NO CIPLAK2!).
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri.
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka (AMAT PENTING !!).
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (JANGAN PERCAYA NI SANGAT! TAK SEMUA LELAKI PANDANG PADA TUBUH).
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang anda minati.
  8. Jangan terlalu mengongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Lelaki juga perlu wanita yang pandai berdikari. Tetapi jika dia sudi menolong apa salahnya. Tetapi jangan memaksa dan selalu sehingga menyusahkan si dia.(KITA BOLEH BUAT!!)
  9. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.(KASI CAIR ABES2AN!heheh)
  10. Jaga cara pemakaian anda,seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
  11. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat dirinya.
  12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.(SSSSAAAANGATT PENTING!!)
  13. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan beerti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.(JANGAN SILAP LANGKAH DIKK)
  14. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.(TAKOT XLAKU!eisyy!!)
  15. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.(SENANG BAWAK G UMA MERTUA!yippii!!!)
  16. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
  17. Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa sahaja. Lelaki cukup pantang dalam hal ini!(SEMUA HARUS INGAT!! AKU PON!! :p)
**Credit to Miss Faiza

CARA MEMIKAT HATI WANITA


Oke korang. Kali ni aku nk share informasi ni semua pada korang. Lebih2 lagi untuk kaum Adam diluar sana yg mana masih confused kenapa masih putus cinta walaupun da berkali2 lafaz cinta. Huhu. Informasi ini dipetik dari kiriman junkmail yg aku dapat hari2. :)


Kadangkala orang lelaki beranggapan terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua. Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah cara untuk menambat hati wanita yang kamu sayangi.

#1
Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan. 

#2
Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya. 

#3
Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan. 

Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya. 

#4
Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke macho an kamu!. 

Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka. 

#5
Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian. 

#6
Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. 

Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. 

Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. 

Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. 

Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu kerana mereka SAYANGkan kamu! 

Da tahu kenapa? So, jika awek2 kalian diluar sana tu masih lagi merajuk...Cuba2lah bawak try tips atas tadi tu. 

**To Mr Posmen, thanx sbb bg info ini.:)

Tuesday, October 5, 2010

POLIS GATAL TAK BERKEPALA!!


Nak sambung entry bawah tu mcm panjang sgt cterny. 
Haa..masa balik tu, kami singgah dulu beli air Nira Nipah. Oh, sumpah aku xpena rasa. Dorg kata sedap, sejukkan badan. Aku bukan bole. Kalo semua nk beli, aku pon teringin jugak. “Nira 4 ikat tepi!” Wah..mcm da sll jek beli. Upenyer air tu akak tu da ikat abes da. Terpaksala dea potong sikit tepi tu and ikat dgn tali. Jadila air ikat tepi.. Lepas dialog biasa jual beli dilafaz, kami pon dipecut lagi oleh Si Pemandu. Sip! Wekk!! Uuuuu…Xsedapppp…1st sip baru..Nk wat cmne. Dorg da masing2 ade air. Terpaksala aku hirup jugak. Lama2.. “Best jugak air nih” :)

Jalan. Jalan. Jalan.

Kami diperasan oleh sebuah kereta polis yg kebetulanny pon brada dijalan terbabit. Aku tengok, kawan sebelah dea suh mmber dea tahan kami…Ahhh. Mcm biasa. Berhenti. Tawww dahh..

“Dari mana? Mintak lesen” Sheda bagi.

Sembang. Sembang. Sembang. Aku push Sheda suh bagi flyers. Wat loan. Sape suh tahan. Haha. Dah selesai sesi mengorat, kami pon blahla selepas menolak pelawaan untuk melepak bersama ke Sungai Petani.

Tak sampai setengah jam! Text delivered to Si Pemandu. “Segakla awek Satria 4 orang tu . Hehe” Satu kereta gelak besar. Amboi2 cik Polis…Bukan maen korang yer. Malas layan.

To Encik Faizal and Azizi. Terima kaseh kerana menahan kami dengan alasan orang belakang xpakai seat belt. InsyaAllah, kami akan ingat pesan encik yang amat2 prihatin terhadap undang2 jalan raya. :) 

Nilah Polis Gatal Tak Berkepala :P

JAMUAN AIDILFITRI ALOR STAR


Time : 1100 – 1530
Date : 051010
Place : Kowamas, Alor Star

Ha..Haritu masa buat Open Office kat branch sendiri, xsempat nk post entry. Skang ni, biler branch laen wat Open Office, baru terhegeh2 nk buat entry. Tula..laen kali RAJIN sikit yer cik Suli. Ni, tak…MALAS jek! Kekwn aku pon yg baru bertapak pon da banyak da posts.Huhu…

Pagi tu, aku sampai opis cam biasa. Belek2 dulu kat depan cermin (tabiat!) On pc, bukak email..check report ye..bukan nk jenguk junkmails yg beribu tu..Baru berapa minit, HQ called. Ade sikit silap kt report aku tu. Aku pon “repair”la balek. Huhu. Kekwn yg laen nampaknye da xsaba2 nk g Open Office tu aku jek yg terhegeh2 buat keje lagi. 15mins, settled!

Pemandu : SHEDA
Pemilik kereta : SHEDA
Tukang duduk dlm kereta : SULI,SHIMA,LINA

Lepas isi minyak tong2, kami pon dipecut oleh Sheda ke Alor Setar. For me and her, directions to get there was ZERO! Naseb baekla Tukang duduk dalam kereta lagi dua org tu pernah duduk Kedah. So, sepanjang jalan, SHIMA yg xreti antara kanan and kiri tu la yg bg directions dgn carany tersendiri. Hahaha. Kelam kelibut jugak kekadang minah nih. Last2 dea jdkn aku, Si Tukang duduk dalam kereta sbg penunjuk arah kiri and Si Pemandu sbg arah kanan. Haha. Ikut suka at ko la dikk..
Syhh..dea ni confused kanan and kiri, aku lagik confused..Dea ni makan tgn kanan ke kiri?kekekeke

Perjalanan jauh tak kusangka..Kerna perut ku amat sengsara..Memikirkan makanan disana..Serta minuman penghilang dahaga…Hohoho..Alor Star..Hohoho Alor Star..

Xtahu la pulak dr Seberang Jaya ke Alor Star lebey kurg nk ke Ipoh jek.Haih..perut da memedih. Tula…degil sgt.Xnk bekfesss..Hambek ko!

Dalam kul 1315, sampaila kami. Alhamdulillah..Perjalanan xde masalah. Wah! Bos I pakai baju melayu serta sampinny, serta bunga didada kiriny! Hehe. Patutla xnk g opis yerrr..Kekeke..Aku pon dengan senyum riang serta langkah ayu yg tersusun pon berjumpala dgn Bos Alor Star dengan ucapan selamat. Berjumpa plak dgn Basri and Fairuz yg last skali jumpa ms team building jek. Wah! Wahai kalian si jejaka! Sungguh tampannyer dengan baju melayu serta sampan yg segak terselit di pinggang..Cewwah!! Da berusik2, da abes sesi pengenalan, aku yg dihambat rasa kebuluran pon terus menjejak ke khemah makan. Nasik minyak, ayam masak mera, satay, ketupat palas serta rendangny.Wuhu.!! Melantak time~

Oh! Lupa! Baju kebaya aku haritu sama plak dgn tema anak2 dara Kowamas Alor Star. Hehe. Aku, Fara, Ida and Wawa masing2 berkebaya putih. Ayu korang! Hehehe. Skali skala trasa pulak aku ni Tuan Rumah. Hahaha.

Selesai sesi membuncetkan perut, kini tiba the next session..Snap! Snap! Heeeee…Part yg aku paling sangat amat suka! Bawah khemah, dlm opis.Wuwuwuwu..Suli mmg suke bgambar. Lagik2 ade cameraman. Wah!!Lagi menjadi2. Lumrah yer Tuan Puan. Jangan misjudge sayerrr..

Ni, kiriman sayer melalui hp korang yg dijadikan mangsa photographer x bertauliah.

Geng Kebaya Putih. Belakang dari kiri : Wawa, Fara, Suli, Ida

Ida yg kiut

Wawa yg comel

Kami yg seronok tgkap gamba :)


Anak2 Dara Penang Branch :)


Incik Palut :P



Ala…da nak balek :( Wawa sempat ag bungkuskn aku ayam msk mera. Mekaseh yer sayang!! Bole perhangat esok hari..:) Da dpt goody bags. Perut da xbole kawal lagi kebuncetanny. Penat suda berphotography. Hari makin petang. Kami ingin pulang. TAPI!! Cik Wawa kesygan kita ni telah mengingatkan aku ttg satu janji waktu dulu…

“Kalau kamu nak duit raya, kamu datang masa jamuan Hari Raya nanti” skrip spontan Cik Jidi kita, Bos Alor Star. Hehehe..Dengan cepatnya, tanganku hulur minta janji ditunaikan dengan tunai! Bukan cheque. Hahaha.

“Kamu nak berapa??”Wahh…soalannnnnnnn…Ni yg makin maseh bersemangat nih. Tapi, dgn tidak mahu membazirkan duetny, aku hny minta ….”Saya nak yg warna merah keatas!!” hahaha…Tak dpt on the spot sbb tamu nk jumpa. Tapi, still dpt jugak! Hahaha. Mekaseh kepada anda yg mengingatkn sayer ttg janji tersebut! Hihi

To love Fara, Ida, Wawa mekaseh sbb lyn kiteorg and thanks sbb baju kite sama. Weeee…~~

Thursday, September 30, 2010

LELAKI ITU MEMANG WUJUD





Salam. Hari ni mmg aku nekad! Aku akan post kan cerita tentang lelaki yang semua orang ingin tahu. Lelaki ni bukan saja wujud dalam dunia Facebook yang mana ada setengah orang cakap, lelaki ni 'diwujudkan'. Entah atas dasar apa mereka berkata demikian.

Oke2. Berasa beban dengan soalan demi soalan, dengan keizinan tuan empunya badan, aku harap dengan post aku kali  ni, kalian semua berpuas hati and xkan ada lagi tanggapan yang dari mana-mana mai pulak. Oke?

Siapa Danial Azhar ?

Lelaki yang bernama seperti diatas seorang kenalan aku waktu dulu. Dea anak kelahiran Pulau Pinang. Tapi menetap di UK sejak dari kecil lagi. Berumur 25tahun (pada saat ini). Black hair. Black eyes. Kulit sawo. 

Siapa Danial Azhar dengan Aku?

Oke. Aku tahu, ramai sangat yang nak tahu Siapa Danial Azhar dengan aku berbanding dengan persoalan Siapa Danial Azhar. Hurm...Danial Azhar adalah salah sorg dr exbf aku. Aku sengaja tutup identiti dea dari mata orang laen. Dari kawan, saudara, aik beradik. Entah kenapa aku sembunyikan dea dari pandangan orang laen pun aku xtahu. STOP! Jangan maen serkap jarang lagi! 

Kami berkenalan pada tahun 2008. Yang aku boleh cerita, perkenalan kami bermula masa mula-mula aku tegur dea. Bukan sebab nk mengorat oke! Tapi sebab dea tersalah makan makanan aku. Perkenalan di McD Sunrise, Gurney. Aku sorang masa tu. Tension sangat (masa tu tgh frust :P ) Aku da amek order, letak makanan atas meja (betul bersebelahan dengan dea) then aku g picit sos. Balik2..terbeliak mata aku tengok dea dengan sesedap rasa menelan makanan aku?! Aku tegur dengan cara baek dulu. Pastu, dea wat xtaw jek. Kerek mamat nih. Dahla time tu tengah frust, geram pulak dengan mamat nih, terus aku mara2.

Then, dea pon berdiri menghadap anak mata aku and mara aku balik. Kata aku sengaja tuduh dea mencuri la, apela. Punyala bengang. Pastu, ape lagi. Aku terus tunjuk makanan dea yang elokkk lagi ada atas meja sebelah meja aku. Masa tula, aku nampak muka dea mera semacam. Nak cover malu, dea minta maaf banyak2 and nk bayarkan makanan aku yang dea telan tu. Xmolah! Aku mmg da beng giler. Then, dengan sopannya, dea bagi makanan dea tu pada aku yang mana secara kebetulannya order kami mmg sama. Medium set Spicy Chicken McDeluxe. Mahu xmahu, aku amikla. Tapi da xberselera nk makan dalam tu. Mintak plastik kat kaunter untuk take away.

Tapi...kelembutan dea bersuara yang mmbuat aku xjd nk mara lebih2. Still, aku take away. kami tukar num phone and start dari tu, kami mula rapat. Kami couple. Then, tergantung sbb xde respons dari dea. So, aku anggap jela dea da xberminat. Untuk apa maruah diri digadaikan dengan memujuk rayu kalau sudah terlihat yang dea xberminat lagi dengan kita? 

Kenapa kami xtaw pun pasal Danial Azhar?

Untuk apa? Kalau hanya boleh datangkan kemarahan? Silent is much more better.

Mcmana dengan 'dea'?

Maaf. Ini privacy. 

Oke? Masih xpuas hati? Tanyalah lagi, so that aku ade topic untuk post nanti.

To Danial Azhar, thanx sbb bagi mereka kenal kamu.

Wednesday, September 8, 2010

Buka Puasa, Bangkok Station


Date : 300810
Place : Bangkok Station
Time : Before Maghrib

Huwa..Da seminggu kami bincang untuk jamuan berbuka puasa dgn staff branch Penang. Bincang punyer bincang (even aku pon last minute baru taw kt mana) Bos aku kate, berbuka puasa kat Bangkok Station. Aku ingat kt maneeee la tempat tu. Alah! Upenyer dekat jer. Dulu, kat ngn uma sewa aku ms study. Hehe.. Masa zaman jahiliah! Hahahahahahahhahaha >P

Mlm tu..Aku msg anak2 dara ni semua..suh pakai baju KEBAYA! Lps je text dorg, aku dgn kelam kabutnye, cari la baju2 kebaya turun temurun. heheh. Biru, light coklat, pink, oren, coklat, biru muda, hitam semua aku kuarkan. try satu demi satu. Tapi...Ade yg besarla..Sexy sgtla..apela..Last2, pink jugak pilihan aku (BlueekkkKk).

Straight to the point.*kikiki* Kami semua sampai tempat tu. Biase jer. Sbb aku pena sampai sbelom ni. Ada yg bwk anak bini, adik bradik. Aku n yg lelaen je single mingle. huhuhu. 

Sebelum tu, sesampai jerk. SNAP!SNAPlaaa..hehehe

Pompuan-pompuan Kowamas Penang :)\

Lagi beberapa puluh minit bebuka posaaaa...

Ko..sheda....Kalo yer pon nk menyembang..huhuh

Antara menu hidangan mlm ituuu...

Dan tunggu lagi...

    Dan lagi....

Baby Fatimah Nur Qalesya :)

Bismillah....Amin...

Kenyang suda..

Hah..tu je yg mampu aku paparkan kali ini.Huhu.Nak g kemas2 uma ni. Esok raye.Huhu..Tatatatata...

Monday, August 30, 2010

UNFORGETABLE RAMADHAN & SYAWAL 2007.....

Hurm..Pagi ni mse sahur.Tah tetibe jew rsa sayu sgt..Xtaw mcmane, aku teringatkn dea. Stiap kali Ramadhan..Stiap kali Syawal..Tipula kalo aku kata aku xpena terbayang waktu dlu..Cewwah!!hehe..

Ramadhan 2007...
Ingat lagi..Mse ni, along aku lahirkn Haikal. So, mama aku terpaksa pegi Singapore slama proses dlm pantang along aku. So, ms bulan ni la aku kne msk utk juadah bbuka posa. Aku ingat lagi. Msa tu, kami ni loving couple :). Nk pegi mana, nk beli apa, msti bdua. Aritu aku nk ke supermarket. So, dea nk teman. Apa lagi..Kami beli barang masak. Dea banyak tolong aku pilih barang...:) Hurm..besttt sgt masa tu. Yg aku n dea hairan knp semua org dlm supermarket tu asik tgk kami je?? Dea ade jwb. N jwpan dea tu wat aku tersenyum :) :) :). So sweet masa tu...

Syawal 2007...(Hari raya Pertama)
Ingat lagi..Lagi bbrapa ari nk raya, aku sll luah pada dea. Aku sedey mama aku xde time raya tahun ni. Dea sll pujuk aku. Tiap kali aku sedey, deala org ptama yg akan pujuk n coolkan aku. And the best thing on that Syawal is...dea surprised kan aku. (Dea mmg penuh dgn surprises..:) ) Mse tu, aku kene keje kat tol. Maklumla, mama aku kn xde. So, aku gantila. Ala, triple pay. Sape xnak. Sesambil tu, kami msg2. Then, terputus..Aku pk, mungkin dea sebok braya kowt. Then, tetibe, ade moto lalu kt tol aku.. Owhh...gosh! Aku terharu sgt~
Dea dtg..bwk bungkusan kat aku. Dea bwk baju yg dea beli utk aku n kad raya.Heheh..Tharu sgt3~!! Tp, kenala control..kwn aku ade babe..Hahaha. Aku tny dea, knp dtg? Then dea jwb, "Sbb ade org tgh sedey.."
So, dea dtg...bwk baju n kad untuk pujuk aku..:') Dea dduk kt lua tol n kami bsembang sampai dea kena balik..:)

Nk igt2, byk lagi kenangan yg manis2 hampir setiap ceruk Penang ni aku pegi, mesti nampak "kami" dlu. Nk wat cmne..mungkin bukan takdir. Mmg susa nk lupekn dea. Cuma baru sekarang, aku betul2 blh "hidup" :)

Itu je kenangan masa ramadhan n syawal yg aku rasa paling indah...:) To Mohd Fazli Mokhtar, thanx sbb pernah ada dsisi aku spanjang aku perlu kamu...

Tuesday, August 10, 2010

7 Hari Lagi (Day #3)

Selamat Pagi...:) Wa~ Damainya arini. Menyambut 1st Ramadhan. Semua umat Islam bangun pagi meyempurnakan ibadah sahur. :) Semoga Ramadhan kali ni penuh makna bagi kita semua n smoga diberkatiNya. InsyaAllah...

Hurm..dr pagi semalam, sampai pagi ni, ramai yg anta text bulan posa. Dari yg aku kenal sampaila yg aku xkenal. Dari yg paling rapat sampaila yg xbrapa nk rapat. Haha..pape pon, pada yg anta, terima kasih byk2 sbb sudi anta msg pada aku. Mekaseh yer~

Hah!! Sal semalam yg aku nk jumpe kwn aku tu..Reunite trio la kunon!:P Punyerla excited!! Aku abeskn keje dlm sejam lebih dr waktu asal balik opis. Mse kuar opis tu, aku tgk ujan rintik tapi panas..So, aku budget xdela ujan lebat pon.bolehla kalo stakat nk sampai jeti feri tu. Tup2, baru seminit dua aku memecut, ujan lebat giler siot!!Arghhh...lupa plak nk bwk bj ujan! Cam celaaa....tol! Aduslaa... Ni kena balik uma dlu, mandi, salin baju.Huhu :( Mse kat jeti, blh x abg tu tny, "Awat basah kuyup nih??Kt mana ujan? Sini panas jaa"..Mmgla panas bang oi..da betol2 sampai jeti, xde lgsung ujan!

Text Peanut. Lambat! Terpaksa lik uma dlu. Dorg kt sane da pon. Huhu...Around 1930 aku sampai uma.Mandi, salin bj...*Nickelback ringtone* Ah..Abg Boy! Video call.. Mesti Along aku ni. Nk 3G Eykal. Ah...Sudah! Sembang punya sembang..kul 2000 tepat aku kuar umah. Dari uma nk ke gurney around 15mins. Tapi dsbbkan xsgup tgk muke seposen kekwn aku, aku pendekkn ms tu jadi 6mins.Huhu..Ms parking plak. Adela plak uncle ni. Sebok ckp2 sal rambut aku. Suh simpan panjangla. Ramai lelaki suka maen rmbutla. Apek ni mmg nk kene da..Bagi jewla balance duet aku tuh! Once dea bagi, aku trus panjat tangga cari kekwn aku..

Ah!!There u are!!Hehehe..Naseb baek xde muke seposen, babe! Alhamdulillah..berseri2 muka kwn aku tgk aku yg terhegeh2 dtg kt dorg.kekek..Like I mentioned previous post, Ecah dtg dgn boipelennyer bernama Azwan yg dipendekkan namanyer yg suda pendek itu kepada Utih..Utih???Okela tu..Peanut, single sama dengan aku. Act, boipelennyer xdpt ikut kerna mengerjakan tarawikh..amin......Tee..heee..hee.... Kami sembang rancak! Bual pasal itu ini. Mengusik itu ini..Oh! Lupa! Xkan sembang je kowtt...Ade makan. Aku order nasi beriani lah..As usual..Kalo g Kapitan, xde menda laen nk menelan. Plus teh o ais limau..Makan mlm itu disponsor oleh Cik Utih kita..*applause* Seronok jumpa malam tu. Even xdela lama mana sbb aku terlewat. InsyaAllah, kami nk planning lagi pasni. Mungkin wat aktiviti keluarga bersama..Hahahahah...
End of Reunite trio story :)

Erm..Sayang..mlm smlm kan. Aku mimpi ko lah! Aku mimpi ko tercari2 aku lepas ko balik, Ko xdpt call aku. Ko try reach aku gune num Celcom aku pon xde. Ko jd gelisah semacam..Upe2nyer....Aku accident! wah~ Siap masuk berita lagik! Pemes, Pemes!!Ade byk bas n lori yg accident. Aku xtawle mcmane leh ade dlm accident tu. Tapi, yg pasti, ko xdpt call aku lagi...:'( Huhu..Tanak ah!! Ade ke patut mimpi cmtu..Aku ni mmg suke sgt mmpi mrepek2 nih. Kekwn aku pon ckp! Hopefully, jgn jd kenyataan lah yer...Belum lagi rsnye ckup puas bahagia dgn ko..:)

Itu satu hal.. lagi satu, pagi td mse aku nk rush g keje. Aku terselisih dgn mamat mane tah bwk pacuan 4roda wane biru tua. Kami saling terpandang..Syg!! Muke dea hampir same dgn ko! Wane kulit same, mata pon same..huhu..kalola betol itu ko, .....*sigh..*
K,la..itu aje untuk arini. cerita karut sehingga tghari ini. Act, pg td aku da mgarang...tetibe plak byk masalah timbul..Haishhhh...Okela my sayang...Jumpe lagik!

Chupp!!

Monday, August 9, 2010

7 Hari Lagi (Day #2)

Wah~~ Pagi ni bfast Mcd Fillet + Arabic coffee(fav nih!) Dah lew dtg kul 0900, sptutnya msuk opis kul 0830. Pandaaiii betoll anak cik Kamis nih.Sampai jew opis, trus g cr paper Utusan. Ipoh branch ckp, muke da kuar.ahaha.. xsabar nk g tgk! Bjalan satu kedai ke satu kedai (cmnela Utusan leh abes cepat.pen tan!) sampaile ke kedai yg tah kebrapa, baru ada! (Fuhh~lap peluh sat!). Punyala xcited, kt situ jugak aku n mber cari muke2 kami nih. Ah!! Hen Pen Tan!! Keciknya!! Xadil betolla yg pilih gmba kami tu! Kan byk lagi pic yg kami tgkap! Boleh plak main amik pic yg xnampak muke aku?? Isk..isk..isk..Tapela..:( Balik, aku bg kekwn tgk paper. Dorg pon xpuas at.Huhuhu~~

1015 td, Peanut call. Sambung kembali perbincangan kami yg tertangguh semalam (aku mgantok smlm.tu yg suh smbung pg ni) Dea call smpai abes kedit..kakakaka...Aku pon call la balik. Diskas punyer diskas, kami setuju jumpa kat Kapitan Gurney. Peanut ckp nk amik aku kt uma. Tapi aku refused. Sbb aku nk ke pulau pon amik ms dlm 45mins-1hour. Pastu dea nk kena tgu aku bciap cm sipot lagi! Ah..Sudah2. Jumpa jew kt sana(baeknyaaa aku...:') ) Erk...Kapitan Gurney?? Hehehe..mampos aku xigt Kapitan tu kat Hotel mana. Tapi yg aku taw, aku penahla pegi sana dlu. Lepak2...Cuma, xbapa igt. Nmindla, leh jaa call dorg nnt. Tgu jewla korg smpai aku dtg..

Wu~~Xsaba rseny nk reunite trio. Suli, Peanut, Ecah :) Dlu, sll sgt jumpa. Sejak menjak masing2 ada kerjya masing2, xdpt nk jumpa. Hurm...Ecah dgr kata nk bwk boipelen. Aku warned Peanut ("ang jgn ajak aa...aku sorg2 cam bodo ja nnt!") hahaha...

To my syg..aku da cter ape yg akan aku wat arini kan? Even aku da gtaw ko dlm fon mges, fb pon ade. Ni just utk lebih detail :) So, that ko xpk yg bukan2. Ko pon taw kan. Aku xkan wat tu semua...Okela..nnt aku cter lagi esok lepas kami jumpa..InsyaAllah..:) Bubye...(saja nk cepat2.byk kileja nih! Itula inila..bile tade keje, tade sgt! Bile ade, ade sgt! Huh~)